Saturday, August 22, 2009

Sekadar renungan....

Who said only human know what is love

Yes, animals are more deluded because of their capacity of their physical body, but
occasionally some of them might be able show us the love that we have forgotten on
our 'busy road'. Just like this story.

this is real touching…





Hey, wake up! wake up!

A dog was knocked down by a car and died on the middle of the road. Later, another dog is
seen beside the corpse of the dog, he tried to wake his friend up using his leg.


Let's move to the safer side of the road...i will move you to the safer side!

When his attempts to wake his friend failed, he tried to push his friend to the side of the
road. But the weight of his friend was proven too heavy for him.

Anyone help, tell me what to do.

Though the traffic is busy and dangerous, he just will not go away from his friend. Just
stand beside his friend howling and crying.



A lot of people saw this incident and feel very touched. How even a dog can show his loyalty and love to his friend.

Wednesday, August 19, 2009

Monday, August 17, 2009

Mahalnya sebuah Kehormatan...sekadar satu perkongsian..

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang.Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?"Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama.Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?"Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya."Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?".Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu."Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain?".Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantang bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.

Semoga cerita di atas bisa mengingatkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan bererti besar.Jadi,hormatilah kerjaya anda..sekian..








Menyayangi lebih baik daripada membenci...

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan Tuhan... " Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat.

(petikan dari engkabang.net..)



A great teachers inspires....

Berdiri dari kiri,Cg.Zatur,Cg.Kurie,Cg.Mohd Ilyas,Cg.Joni,( aku),Cg.George(PKKK).
Duduk dari kiri,Pn.Dayang(PA),En Tonny(PPMA) dan Cg.Lawie.

Aktiviti Gotong-royong Tanda Nama Sekolah Baru SKNK.

gotong-royong mengecat tanda nama sekolah
Tanda nama SK Nanga Klassen yang baru


dengan replika bunga raya tanda 1 Malaysia...
Peace...

Bermula pada bulan Mei lalu,pihak sekolah telah mencadangkan untuk membina satu tanda nama sekolah yang baru untuk menggantikan yang lama.Projek ini telah diketuai oleh Cikgu Ery ak Jelian dan juga kerjasama guru-guru SKNK.

Just read...sajak buat kita...

Guru banyak cuti...
itu cuma firasat mereka, mainan minda
cemburu kerana tanggungjawab seorang
guru terlalu besar umpama tiada bernoktah
Guru kerja setengah hari....
itu cuma ramalan mereka, suka mengata
dengki kerana amanat yang ada pada
seorang guru terlalu banyak tidak
terhitung jari kaki....
Guru balik rumah tidur..
itu cuma kiasan mereka, kemarau fikiran
ego kerana mereka merasa terlalu kerdil
kerana tugas guru umpama ruyung
terlalu bersemi....
Guru kerja senang...
itu cuma cerita bohong, pesimistik perasaan
kerana cetek nadi ilmu, tidak mengenal
apa sebenar tugas guru
Guru kami hebat...
itu bagi insan yang mengenal siapa guru
apa dimana untuk siapa
itu adalah antara yang bertunas
Guru kami baik...
itu bagi hati yang mulus dan tulus
punyai iman dalam hati, tidak berprasangka
Guru kau adalah segalanya, tiada yang kedua
kau adalah noktah sebuah kehidupan yang sempurna.

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Bulan Kecergasan Julai 2009.


ceramah UPSR
cenderahati kepada pihak Bomba

demontrasi kawad kebakaran....



aksi murid berpoco-poco....




Pada bulan Julai yang lepas,warga SKNK telah mengadakan program bulan kecergasan peringkat sekolah anjuran KPM.Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan diadakan.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan poco-poco,ceramah dan kawad kebakaran,ceramah kesihatan,program motivasi UPSR dan aktiviti sukaneka sekolahTahniah kepada guru-guru SKNK kerana telah berjaya mengadakan aktiviti bulan kecergasan.Berikut ialah antara gambar-gambar yang sempat dirakam...

Sekilas pandang SKNK....

Jalan masuk sekolah yang masih menggunakan jambatan gantung...
suasana pagi di SKNK.....





pintu masuk utama sekolah....


Salam 1 Malaysia dan salam penuh perpaduan...semoga kita sentiasa dalam keadaan yang ceria dan sejahtera hendaknya.....bagi permulaan blog ini,saya sebagai warga pendidik Bumi Kenyalang ingin memperkenalkan sedikit sebanyak tentang latarbelakang sekolah kami iaitu SK Nanga Klassen.SKNK merupakan sekolah rendah yang terletak di Undop,bahagian Sri Aman.Jarak sekolah dari PPD Sri Aman ialah kira-kira 24km.Walaupun didatangi oleh kemudahan jalan raya,kami warga SKNK masih terpaksa menggunakan jambatan gantung untuk pergi ke sekolah.Suasana sekolah ini amat ceria dan tenang sekali...antara gambar -gambar persekitaran SKNK....

My Music