Saturday, November 6, 2010

Camping Day SK Ng Klassen 2010

Pada 3 - 5 November yang lalu,SK Ng Klassen telah mengadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform dengan jayanya.Antara peserta yang terlibat ialah murid tahun 3 hingga tahun 6.Perkhemahan telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Padang sekolah.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilakukan dengan baik serta amat jayanya..antaranya Aktiviti safari berakit menggunakan buluh yang telah diketuai oleh seorang guru yang berpengalaman iaitu Cikgu Ery Jelian telah berjaya diadakan di sungai Undop,Skrang.Selain daripada itu.aktiviti yang lain yang turut diadakan ialah seperti tarian poco-poco,aktiviti burung hantu,menjelajah hutan,aktiviti "flying fox",unggun api malam,pertandingan Raja dan Ratu Rimba,manuk pansuh serta aktiviti penghayatan pada sebelah malam.
       Secara keseluruhannya,perkhemahan kali ini sangat berjaya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.Perkhemahan kali ini telah diketuai oleh Encik George Jimbun sebagai penyelaras aktiviti dan Encik Charles Bayang sebagai Kem Komandan program perkhemahan itu serta dibantu oleh beberapa orang guru dan staff yang bertindak sebagai Fasilitator setiap kumpulan perkhemahan yang terdiri daripada 10 kumpulan.
     TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program perkhemahan Unit Berunifrom pada tahun ini.Semoga program ini akan dijalankan sebagai aktiviti tahunan bagi mencungkil bakat murid dan menguji daya tahan mental serta fizikal mereka selain daripada bidang akademik.


Penyelaras Program Perkhemahan,Encik George Jimbun


demonstrasi mendirikan khemah


mendirikan khemah


aktiviti malam " unggun api"


Aktiviti menjelajah hutan


meniti titian yang kecil


Aktiviti safari berakit menggunakan buluh


Aktiviti berakit


antara para Fasilitator


Berakit..



Kem Komandan,Encik Charles Bayang Albert


mencari batang buluh sebelum aktiviti safari berakit


mencari buluh untuk aktiviti berakit


berjaya sampai ke penamat di Sungai Undop,Skrang


Aktivti perbarisan Kawad Kaki 


No comments:

Post a Comment

My Music