Friday, July 30, 2010

Majlis Jasamu Dikenang Sempena Hari Guru Sri Aman 2010



Tahniah kepada PPD Sri Aman kerana berjaya menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Hjh Simoi Hj Peri, ADUN Lingga.Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Shamshuddin, Walikota Sri Aman, Piau anak Ingot, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai dan warga pendidik dari sekolah sekitar Sri Aman.Simoi pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Tabung Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman dan RM5,000 kepada Pesta Persatuan Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Sri Aman.
             Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman merangkap bekas guru iaitu Haji Mostapa Salleh telah diumumkan sebagai Tokoh Guru Sri Aman 2010 yang membolehkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM500 hasil sumbangan peribadi daripada Simoi.Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti persembahan hiburan, penyampaian Anugerah Hari Guru, penyampaian sijil penghargaan, cenderamata kepada guru-guru bersara, cabutan tiket bertuah, penyampaian replika cek dan suara emas.





Dua dari kiri Timbalan PPD Sri Aman,Tuan Haji Muhiyidin


Tiga dari kiri,Residen Bahagian Sri Aman,En.Awang Shamsudin bin Awang Seruji bersama dengan Tuan PPD En.Walter Lamat ak Kiyai ,dua dari kiri.




Tokoh Guru Bahagian Sri Aman,Haji Mostapa Salleh.




ketibaan YB Hj Simoi Hj Peri ADUN Lingga.




YB HJ Simoi bersalaman dengan guru-guru..




blogger dengan rakan guru..Cikgu Bungu dan cikgu Harrison




wajah-wajah guru senior,junior dan veteran...


No comments:

Post a Comment

My Music