Wednesday, June 29, 2011

Ngiling Bidai Kampung Kepayang 2011

SIMUNJAN, Selasa (28 Jun) – Kampung Kepayang, Simunjan telah mengadakan Majlis Ngiling Bidai bagi menandakan berakhir sambutan Gawai Dayak 2011 bertempat di balai raya kampung berkenaan baru-baru ini.Ketua Kampung Kepayang, Simunjan, Tuari Rumah Uja ketika berucap ringkas pada majlis itu menasihatkan penduduk kampungnya agar menolak sikap iri hati dalam diri masing-masing selepas ini.
           “Untuk memajukan kampung, semua penduduk seharusnya bersatu-padu dan bekerjasama di antara satu sama yang lain bagi memajukan segala pelan perancangan pembangunan kampung.“Jika sikap terbabit masih diamalkan penduduk maka nescaya amat sukar untuk Kampung Kepayang menikmati kemajuan seperti yang telah dinikmati lain-lain kampung sebelum ini,” katanya.Beliau juga menyeru semua penduduk Kampung Kepayang, Simunjan agar sama-sama menjayakan perlaksanaan Gagasan 1 Malaysia bagi mencapai matlamat memajukan kampung mulai sekarang.
             Gagasan 1 Malaysia kata Uja akan membolehkan penduduk Kampung Kepayang bersama-sama Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berjuang memajukan hidup masing-masing dalam masa ke semasa.“Justeru saya mengajak semua penduduk untuk terus menyokong kerajaan demi menjayakan segala rancangan pembangunan kerajaan di bawah perlaksanaan konsep Gagasan 1 Malaysia,” katanya.
         Majlis yang turut dihadiri oleh Pemanca Muet itu diserikan lagi dengan upacara Ngentas Ranyai, Ngiling Bidai dan persembahan nyanyian lagu karaoke yang membabitkan penduduk kampung.


RASMI .....Para tetamu jemputan khas sedang menyempurnakan upacara Ngiling Bidai ketika berlangsungnya majlis itu di Kampung Kepayang,Simunjan.

Thursday, June 16, 2011

Set Minda baru..for PPGPJJ.

Bermula la satu episod baru dalam hidup  ni,..Bersyukur dan berterima kasih aku kepada Tuhan kerana telah memberi peluang untuk aku menimba ilmu sekali lagi, kali ini aku di tawarkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains dari IPGKTAR...Maktab lama aku dulu semasa mula latihan perguruan..nasib lah dapat kat IPGKTAR..Fuhh..tempoh pengajian selama 4 tahun..hingga 2015..tapi ok la..mod PJJ.
                   Moga -moga peluang ini ialah langkah aku seterusnya untuk menuju ke puncak kejayaan..akan aku buktikan..aku mampu melakukannya...:)
                     Melapor diri pada 11 Jun yang lalu,syukur juga..semuanya berjalan lancar semasa pendaftaran.Yang paling best dapat jumpa kawan lama dulu masa sama training,dan kelas aku banyak juga classmate aku dulu,...hehe..okla kalau macam ni,senang nak buat assingnment dan kerja kursus nanti..
                  Dan satu juga aku amat bersyukur betul2,nasibla aku ni memang dah lama berhadapan dengan internet,bolehla dikira agak "advanced" juga la..hehe..kerana memang kebanyakan dan hampir semua pembelajaran PJJ ni menggunakan perkhidmatan internet...bayangkanlah kalau ada yang baru nak belajar tentang online ni..fuhh..kenala kerja keras beb...:)..tapi apa2pun,aku harap dapat melakukan dan mengharungi perjalanan hidup yang baru mulai bulan ni..kena set minda semula ni...dan juga bahagi masa dengan bijak.
                 Akhir sekali, sekali lagi harapan aku sendiri ialah supaya aku diberi kekuatan dan semoga Tuhan memberkati perjalanan aku dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna demi masa depan...sekian..........:)





SELAMAT HARI GAWAI,GAYU GURU,GERAI NYAMAI,LANTANG SENANG NGUAN MENUA....

SELAMAT HARI GAWAI NGAGAI SEMUA RABAN ENGGAU KABAN BELAYAN, ARAP KA GAYU GURU, GERAI NYAMAI,LANTANG SENANG NGUAN MENUA.



.BULIH RETA,BULIH TENGKIRA,MURAH JEREKI....OOHAAAA...

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru SK Ng Klassen disambut dengan penuh bersemangat....

Sambutan Hari Guru SK Ng Klassen disambut dengan penuh bersemangat....



Sk Ng Klassen telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di Dewan Sekolah. Upacara sambutan telah dimulakan dengan perhimpunan pada sebelah pagi dengan pelbagai aturcara yang menarik telah diadakan.Sebelum itu,sambutan Hari Guru SK Ng Klassen telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En.Masan @ David Renang.Dalam ucapannya, beliau menyeru guru-guru dan juga staff SK Ng Klassen supaya sentiasa mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang dari semua aspek justeru dapat menyahut seruan Kementerian untuk menjadi sekolah yang berprestasi tinggi selaras dengan program transformasi kerajaan untuk meningkatkan martabat perguruan di peringkat antarabangsa.Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa guru adalah penyumbang utama dalam membentuk modal insan dan menjadi agen transformasi pendidikan, selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu ' Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara '.
          Selepas selesai perhimpunan pada pagi itu, sambutan Hari Guru SK Ng Klassen diteruskan dengan acara Sukaneka Hari Guru yang diadakan di padang sekolah SK Ng Klassen. Acara sukaneka telah diadakan di antara guru, staff dan murid. Semua guru dan staff telah menunjukkan semangat dan kerjasama yang tinggi semasa sambutan Hari Guru ini. Selain itu, program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim dan hubungan antara sesama guru dan staff.
            Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini, dapat menjadi peransang semangat kepada semua guru untuk bekerja dengan lebih keras lagi demi untuk mendidik anak -anak bangsa.Bukanlah wang ringgit yang diharapkan,tetapi cukuplah secebis penghargaan kepada insan yang bergelar GURU...Sekian..terima kasih..SELAMAT HARI GURU.












































Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Pengajar...2011

SELAMAT HARI PENGAJAR NGAGAI SEMUA PENGAJAR, NGAGAI SEMUA KABAN PENGAJAR BA SRI AMAN ENGGAU SEKULA SK NG KLASSEN....

'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'


'JAMAH LUBAH NGAJAR NEMBIAK KITAI,
ARAP KA ULIH SAMA MANSANG NYINKANG 
BAKA URANG BUKAI'......




Wednesday, May 11, 2011

Projek Sains 2011 - Model Gerhana Matahari Penuh.

Akhirnya, aku berjaya buat Model ini...dah lama hendak buat model seperti ini,sebelum ini nak buat, tapi disebabkan oleh kekurangan bahan dan juga masa,projek ini selalu sahaja ditangguhkan. Jadi, disini aku nak kongsi sedikit tentang Projek Sains aku ni..walau pun nampak tak seberapa, tapi ia berjaya juga dihasilkan oleh murid - murid Tahun 6 serta dibantu oleh gurunya.
             Ternyata dengan membina sendiri model ini, murid - murid aku nampaknya lebih faham tentang bagaimana fenomena Gerhana Matahari Penuh berlaku.Berikut antara gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa membuat projek ini.Harapan aku, semoga projek ini dapat meningkatkan minat dan pengetahuan mereka dalam ilmu Sains dan Teknologi.


murid - murid mengecat model bumi dan bulan 


model Kumpulan 1 


model Kumpulan 2


Contoh berlakunya Gerhana Matahari Penuh boleh dilihat di kawasan bayang - bayang bulat..


Gerhana Matahari penuh berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dan dalam satu baris yang lurus..


Contoh Gerhana Matahari Separa...


Murid - murid seronok selepas berjaya menghasilkan model Gerhana Matahari..


Thursday, May 5, 2011

Science is Fun - My Activity...

       "Prinsip saya dalam mengajar sains adalah murid perlu mengalami sendiri pengalaman dan aktiviti yang mereka lakukan.Strategi pengajaran yang saya selalu gunakan ialah pendekatan Inkuiri - Penemuan dimana murid cuba menemui sesuatu yang baru dalam pengalamannya dan seterusnya membina pegetahuan baru dalam minda mereka."
           Sesungguhnya saya cuba untuk membuat setiap P & P saya menarik dengan membuat aktiviti dan eksperimen yang berpusatkan murid.Ternyata pendekatan ini sangat berkesan,tetapi adakah kita mampu menjalankanya setiap kali dalam P & P kita...tetapi itulah yang saya lakukan selama ini,setiap kali waktu Sains,P & P saya lebih kepada aktiviti murid dan ternyata ianya sangat berkesan dimana murid terus membina pegetahuan yang baru dan betul dengan dibimbing oleh guru mereka.


1.
Tajuk : Menyiasat persaingan anak benih


2.


1.
Tajuk : Mengkaji kelajuan


2.


1.
Tajuk : Litar siri dan litar selari.


2.


3.


1.
Tajuk : Menyiasat kedudukan bayang - bayang.


2.


3.


1.
Tajuk : Cara membaca suhu


1.
Tajuk : Menyiasat Asid dan Alkali


2. 



Aktiviti membina Litar bersiri dan litar selari

            Itu adalah antara aktiviti dan eksperimen yang telah saya lakukan dengan menggunakan pendekatan Inkuiri - Penemuan.Ternyata sekali hasilnya sangatlah berkesan dan berbaloi apabila murid-murid berjaya mengalami dan membina sendiri pengetahuan mereka dengan dibimbing oleh guru.Murid - murid ini sebenarnya mempunyai bakat yang harus dicungkil  untuk kita mengetahui kebolehan mereka yang sebenarnya.Jadi,kepada rakan -rakan guru Sains,semoga kita didik dan sarankan kepada anak-anak murid kita bahawa pembelajaran Sains ini sebenarnya sangat menarik jika ia disertakan dengan aktivti-aktiviti yang menarik seperti ini dan saya percaya dengan pendekatan hands on ini ,murid-murid akan lebih mendapat ilmu yang berguna dan juga pengalaman baru bagi mereka.Jadi,cungkillah bakat mereka dalam bidang ilmu selain kita cungkil bakat mereka dalam bidang hiburan semata-mata..
       Ianya satu hanya perkongsian untuk guru - guru sains dan juga kepada semua rakan guru..sekian..Terima kasih

Friday, April 29, 2011

JADIKAN SUBJEK B.IBAN LEBIH BERKUALITI.




Jumaat (28 April ) – Seramai 26 orang guru Bahasa Iban melibatkan diri dalam  Mesyuarat Membina Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Bahasa Iban bertempat di Hotel Kingwood,Sibu.

Mesyuarat anjuran Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  telah berlangsung selama empat hari iaitu bermula 25 April lepas hingga hari ini.

Jurucakap penganjur program ketika ditemui memberitahu Mesyuarat ini bertujuan untuk membina Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Bahasa Iban Tahun 2 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2012.

“Tujuan lain juga ialah untuk membina dan menyiapkan buku aktiviti murid ( BAM ) matapelajaran Bahasa Iban Tahun 2 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2012,” menurut beliau.

“Penglibatan guru Bahasa Iban dalam Mesyuarat ini katanya secara tidak langsung akan menyumbang kepada proses peningkatan pembelajaran Bahasa Iban dikalangan murid Tahun 2 mulai tahun hadapan.

“Justeru diharap agar Mesyuarat ini akan dapat melahirkan Dokumen Standard Bahasa Iban Tahun 2 dan Buku Aktviiti Murid ( BAM ) yang lebih berkualiti untuk kegunaan murid pada tahun hadapan,” katanya.

Mesyuarat ini telah diketuai oleh Cik Arni bt Zainir, Ketua Unit  dari Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum,KPM dan juga Encik Padang Luna,Penolong Pengarah Unit Bahasa Etnik ( KPM ).Hadir sama ialah Encik Mamat anak Unggat,Pensyarah dari IPG Rajang serta 26 orang guru dari seluruh bahagian di Sarawak.

Wednesday, March 30, 2011

MSSR SRI AMAN 2011

MSSR SRI AMAN 2011

Pada 21 - 25 Mac yang lalu telah berlansung Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Sri Aman 2011 bertempat di Stadium KPSU ,Sri Aman.Kejohanan yang kali ini sekali menampilkan SMK Lubok Antu dan Zon Lubok Antu masih gah menguasai persada dunia keolahragawan di Bahagian Sri Aman.Kejohanan dilangsungkan dengan meriah dan telah banyak mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang olahraga ini.Semoga kejohanan ini dapat melahirkan atlit-atlit baru yang berpotensi dan bersemangat waja untuk mewakili Bahagian Sri Aman pada Kejohanan MSSB peringkat antara Bahagian yang akan di adakan di Miri pada bulan April ini nanti.

Bagi Zon Undop pada tahun ini ada menunjukkan sedikit penempatan dengan beberapa atlit dari SK Nanga Klassen telah berjaya memenangi 3 pingat emas dalam acara masing-masing.Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua kontijen yang terlibat.Akhir kata "Majulah Sukan untuk Zon Undop"....














My Music