Friday, April 29, 2011

JADIKAN SUBJEK B.IBAN LEBIH BERKUALITI.




Jumaat (28 April ) – Seramai 26 orang guru Bahasa Iban melibatkan diri dalam  Mesyuarat Membina Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Bahasa Iban bertempat di Hotel Kingwood,Sibu.

Mesyuarat anjuran Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  telah berlangsung selama empat hari iaitu bermula 25 April lepas hingga hari ini.

Jurucakap penganjur program ketika ditemui memberitahu Mesyuarat ini bertujuan untuk membina Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Bahasa Iban Tahun 2 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2012.

“Tujuan lain juga ialah untuk membina dan menyiapkan buku aktiviti murid ( BAM ) matapelajaran Bahasa Iban Tahun 2 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2012,” menurut beliau.

“Penglibatan guru Bahasa Iban dalam Mesyuarat ini katanya secara tidak langsung akan menyumbang kepada proses peningkatan pembelajaran Bahasa Iban dikalangan murid Tahun 2 mulai tahun hadapan.

“Justeru diharap agar Mesyuarat ini akan dapat melahirkan Dokumen Standard Bahasa Iban Tahun 2 dan Buku Aktviiti Murid ( BAM ) yang lebih berkualiti untuk kegunaan murid pada tahun hadapan,” katanya.

Mesyuarat ini telah diketuai oleh Cik Arni bt Zainir, Ketua Unit  dari Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum,KPM dan juga Encik Padang Luna,Penolong Pengarah Unit Bahasa Etnik ( KPM ).Hadir sama ialah Encik Mamat anak Unggat,Pensyarah dari IPG Rajang serta 26 orang guru dari seluruh bahagian di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

My Music