Saturday, March 19, 2011

PM meets with online friend- Great Experience...


KUCHING: Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta golongan muda melalui rakan Facebook beliau supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak. 

Sambil melahirkan perasaan gembira bertemu dengan 250 rakan online dari seluruh Sarawak buat pertama kali, Najib berkata golongan muda perlu mempunyai idealisme dan harapan kepada kerajaan dalam soal tadbir urus yang adil dan telus.

PM menyampaikan ucapan beliau...
Beliau menyifatkan perjumpaan hari ini sebagai satu daripada cara untuk berhubung dengan rakyat melalui cara yang baru dan inovatif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan. 
"Saya juga berinteraksi dengan tetap dalam Twitter, jadi jika anda tertanya-tanya, ya, memang saya yang sebenarnya membalas tweet anda. Saya lakukan pada sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan antara temu janji dan selepas bekerja sebelum saya tidur," katanya. 

Mengenai Sarawak, beliau berkata Kerajaan Persekutuan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi membawa lebih banyak pelan pembangunan terutama selepas pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa sahaja. 

Sementara kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam membawa Sarawak setanding dengan semenanjung, beliau berkata negeri itu mencapai kadar tertinggi dalam pembangunan sejak dua tahun kebelakangan ini. 

"Sarawak bukan sebuah negeri yang kecil. Saya ingat Pahang ialah sebuah negeri yang besar tapi bagi orang di sini 60km adalah satu jarak yang dekat tidak seperti di Perlis apabila jarak yang sama sudah pasti ia sudah berada di negeri lain," katanya. 

Najib berkata, bagi melaksanakan demokrasi dengan penyertaan rakyat, kerajaan amat komited bagi membawa perubahan bagi menggambarkan aspirasi rakyat. 

antara rakan online PM, En.Charles Bayang dan En.Albert Nyawin

Sementara itu, seorang rakan Facebook beliau dari Betong, Grace Graa, berkata beliau bangga kerana Perdana Menteri memanfaatkan media baru untuk berhubung dengan rakyat dan memahami apa kehendak rakyat. Seorang guru dari Sri Aman,Charles Bayang Albert berkata pertemuan ini dapat memberi semangat dan motivasi khasnya kepada golongan muda untuk bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi.

"Majlis bersua muka ini amat baik," katanya sambil berharap lebih banyak pertemuan seperti ini diadakan di Sarawak pada masa depan. 


"Satu pengalaman yang sangat berharga bagi blogger untuk bertemu dengan PM




Antara jemputan dan tetamu yang turut hadir dan datang dari pelbagai pelusuk negeri di seluruh Sarawak.



PM berbincang sesuatu bersama tetamu online yang hadir..


"kalau kamu tidak dapat datang kepada saya,saya akan datang kepada anda"
kata Dato Seri dalam ucapan beliau...



English News at 2 -8.30pm 19/03/2011




priceless moments - PM leaving the meetings...

Thanks   1 Malaysia!!!!!!


No comments:

Post a Comment

My Music